rasa kosong

assalamu’alaikum…hurm..sejak minggu lepas lagi aku rasa macam ni..rasa kosong,rasa yang tidak dihargai,rasa yang hidup aku ini hanyalah ada Allah, tiada keluarga..mujurlah ada Allah yang sentiasa disisiku.hurm..aku sedih sebenarnya. kalau aku tengok kawan yang lain..hubungan mereka dengan parents diorang seakan akrab. ibarat kawan yang boleh berbincang apa sahaja tak kira masalah pelajaran, cinta, emosi atau apa sahaja. sedih aku kerna aku dgn mak bapak aku tak macam tu. in fact, aku lagi rsaa tak selesa jika aku dengan diorang. benda ni memberatkan hati, otak dan badan aku sebenarnya. sampaikan aku rasa aku…insan yang terbuang di bumi ni..if aku sakit, xda sapa akan peduli aku. even aku rasa if aku hilang pon, xda sapa akan realise. betapa aku rasa aku kesunyian walaupun sekeliling aku ramai orang, walaupun aku ada family yang nun jauh di Seremban. tapi seakan – akan aku bukan sebahagian dari diorang. diorang tak pernah kol aku, tanya khabar, tanya pelajaran aku macam mana..sedangkan aku perasan, kalo adik2 aku away dari rumah sehari diorang akan call, tanya khabar..aku akui aku perasan mende ni dah lama. tapi aku butakan mata, pekakkan telinga..buat2 tak nampak, buat2 tak dengar..

seriously sedih..bila xda sorang pon yang tanya ko..

“sihat?da mkn?x mkn lagi?kenapa? duit cukup tak?presentation mcm mna?ok? x ok?xpa..ujian tu..”

walaupun diorg pernah tanya aku mcm tu, tapi aku tak dapat rasa keikhlasan tu. aku tak rasa yg diorg betol2 care pasal aku..sbb if ada org buat mcm tu kt aku, aku leh rasa..mcm makjang..aku leh rasa dia betol2 care..aku dah makan ke..balik sorang2 tgh malam..dia risau..aku leh rasa perasaan dia tu.. mcm mana aku leh rasa? dari segi intonasi mungkin..

aku tak sure la perkara ni perasaan ni berkaitan dengan perasaan aku terhadap diorang. perasaan aku terhdap diorang?

ya Allah..macam mana aku nak buat keje kalau macam ni..??

“jikalau nak tgk perangai seseorang tu,, tengok macam mana dia layan mak bapak dia”

“keredaan Allah terletak pada keredaan ibu bapa”

“berbuat baiklah kepada kedua ibu bapa”

kadang2 aku terfikir, mungkin sebab itula aku rasa macam ni sekarang..xleh buat keje, jiwa kosong..kerana aku tak berbuat baik kepada mereka..mungkin?

Allah sendiri menyuruh kita memuliakan ibu bapa kita selain para ulama. tapi dengan perasaan kosong ni, macam mana aku nak lakukannya?hurm..mungkin aku perlu kenang jasa diorang yang melahirkan aku, membesarkan aku walaupun bukan dengan kasih sayang yang sejati. mungkin aku perlu menghargai duit2 yang diorang dah keluarkan utk aku walaupun aku tau diorang rasa terbeban dgn aku..diorang rasa aku ni menyusahkan..aku harus bersangka baik sebenarnya..Allah pun menyuruh kita bersangka baik sesama manusia. ya..aku perlu bersangka baik..

ya Allah..

bantulah hambaMu ini dalam bersangka baik kepada kedua orang tuaku dan juga sesama insan yang lain…

bantulah hambaMu untuk menjalankan tanggungjawab sebagai seorang anak yang soleh kepada kedua orang tuaku..

bantulah hambaMu ini dalam usaha untuk memaafkan orang lain..

ya Allah..

hilangkanlah kesedihan yang aku alami, ya Allah..

hilangkanlah kecelaruan, kekusutan hatiku ini ya Allah

Penciptaku, yang maha mengetahui segala qada’ dan qadarku..

ya Allah..

bukakanlah hati kedua orang tuaku dalam menerimaku sebagai anak mereka ya Allah..

jadikanlah aku sebahagian daripada keluarga itu

berikan aku peluang untuk merasai nikmat kasih sayang dalam kehidupanku ya Allah..

sesungguhnya Kau lagi mengetahui atas segala yang tersembunyi..

amin ya rabbal ‘alamin..

akunamatiada.1932.11.3.2012

luahan hati diiringi air mata..

sekarang ni .. aku rasa sedih sangat..huhuhuhh..

1. studio ku ke arah kehancuran

2. parents yg dah tak nak ckp dengan aku

3. report thesis x start lagi

4. plan nak g osaka

5. tahun ni sem pendek –> sempat ke aku nak siapkan semuanya b4 abes sem?

6. sem ni ada caaem, kene buat portfolio – aku x reti render lagi, mcm mna nak buat portfolio

huhuuh..dua bawah tu ak tak risau sangat..lambat lagi..tp yg paling membebankan aku, menrunsingkan aku sampai aku takleh fokus wat keje lain adalah yang second tu..actually, yang second tu jugak faktor besar yang membuatkan akunya presentation teruk last week..memangla x baik menyalahkan orang lain atas apa yang terjadi kat kita..tapi disebabkan benda tu,,aku memang xleh buat keje lain…aku jadi tak bersemangat..yelaa..kalo parents sendiri tak support anak dia..aku rasa takda purpose aku buat mende ni..aku taola aku ni anak yang dibenci, tak disukai parents sendiri..dan perkara ni membuatkan aku terpikir..kenapa aku dilahirkan di dalam family yang tak sayang anak dia..diorang sayang aku ke?aku tak rasa sayang nya kat ,mana..dari kecik lagi aku rasa macam ni…cuba kau bayangkan…waktu sukan kat tadika..mak bapak orang lain datang..tapi kau..datang sorang2,naik bas sorang..ko main pon xda orang bagi sokongan..ko tengok bdak2yang lain,,family dia,,kakak abng suma bagi sokongan

‘dikĀ  lari dik..lari..!!!”

sedangkan aku..sorang2 atas padang..cikgu je yg ada kt situ panggil nama aku..waktu makan lak..aku tgk orang lain mkn sama2..mak dia masak sedap2..sedangkan aku..makan nasi putih telur mata yang nenek masak, makan sorang2 kat tepi padang..masa tu aku tak rasa pape lagi..sbb aku rasa tu semua normal..tp bila da besar sket..bru aku terfikir…rupanya dari kecik diorang mmg x suka aku..ntah2 dari wktu aku lahir agaknya,,agaknya aku ni anak bawak bala tak..dan aku ingat lagi..waktu kecik dlu..makcik2 aku semua tak suka ak..aku la yang selalu dimarah2..even nenek pon selalu pukul aku..tapi aku pikir..mungkin waktu kecik dlu aku ni nakal sangat..walaupun skarang aku da 24 tahun..tapi semua yang tejadi kat aku waktu kecik dlu..aku ingat lagi..kalo blh aku nak lupakan semua tu..nak tinggalkan semua ni..dunia aku sekarang ni..nak pegi tempat baru.. nak hidup sendiri…hanya fikirkan aku dan Allah sahaja..tapi aku tak sure aku leh wat semua ni ke tak..aku xda duit,,aku takleh imagine aku macam mana nanti..dan aku pikir..aku ada tanggungjawab aku sendiri..mcm mana kalo aku tinggalkan tempat dengan membiarkan tanggungjawab aku?

ok..that one is from the past..the current situation..i felt like ayah da xnak ckp ngan aku..ibu pulak..’terpaksa’ bercakap dengan aku bila aku kol..ya Allah..knapa ak perlu rasa semua ni.?takkan sebab aku mintak laptop diorang marahkan aku smpai mcm tu sekali..takkan sebab aku mintak laptop sebab nak memudahkan pelajaran aku, utk keselamatan aku (bila aku balik malam2 sorang)..diorang marah ak sampai mcm tu sekali?smpai xnak ckp dgn aku?aku taula..aku ni anak dibenci..kdg2 aku rasa aku nak eliminate je diri aku dari hidup diorang..biarlA anak diorang ada 3 orang je, aboy, iqmal ngan adik..dan aku tau..tu wish diorang sbnarnya..dan aku jeles ngan kawan2 yang hubungn dia ngan mak dia akrab mcm kawan..sedangkan aku ngan mak aku tak mcm tu..yang risaukan keselamatan anak dia..yang risakan anak dia bila tak sihat..dgn ayah apatah lagi..sampaikan ayah pernah ckp yang dia tak rasa aku leh jaga ibu bila ayah dah xda lg..sampai mcm tu skali..atie prnah ckp…apa2pon mntak izin ibu ngan ayah..tp aku tak rasa nak cakap pape ngan diorang bila nak buat apa2..sbb aku rasa diorang tak kesah pon apa nak jadi ngan aku..yang diorang kisahkan bila aku mntak duit ngan diorang..tu bukannya kisahkan yang terus bagi..tp sebaliknya..diorang akan mngeluh..macam aku ni tak layak nak pakai duit diorang..anak2 diorang yang kat umah tu lagi layak pakai duit tu..yelaa..aku ni bukan anak diorang pon..aku ni kan menumpang je kat umah tu..daripada diorg spend duit kat aku lg baik diorag spend kat anak sebenar diorang..ntah2 apa yg aku pikirkan dari kecik mmg betol..yang aku ni anak pungut..sapala mak bapak aku yg sebnar agaknya…

ya Allah,,aku dah letih utk brfikiran positif ..da letih ya Allah..

and somehow, aku rasa,,they are better taking picture together without me inside..ckp psl amek gmbr..msti selama ni diorg igt aku tido waktu raya thn lps..sbnarnya tak…aku berjaga je masa diorang kecoh2 bising2 amek gambar, makan2..sebenarnya aku tggu je diorang kejutkan aku utk amek gmbr sama2..tp aku xnak,,aku taknak mengacau diorang sbnarnya..kang kalo aku bangun, terpaksa lak diorang amek gambar ngan aku plak.. biarlah..biarlah aku sambut raya sorang2..biarlah …dan mungkin tahun ni aku akan sambut raya sorang jugak..orang lain mungkin tak paham apa yang aku rasa..dan aku tak tao nak citer kat sapa..kat sini je la tempat aku meluahkan..truely, aku tak salahkan sapa2..sebab aku rsa ni semua salah aku..aku lahir dalam hidup diorang..memang salah aku..kalolah aku tak berdegil utk nak lahir di dunia dlu masa Allah nak tiupkan roh aku dalam perut ibu yang mengandungkan aku..semua ni xkan jadi mcm ni..

walaopon aku da tulis panjang lebar..tapi..aku still rasa berat kat hati ni…ya Alah..hilangkan bebanan rasa dalam hatiku ini ya Allah..supaya aku boleh buat keje lain plak..izinkan aku ya Allah..

akunamatiada. 1037.3.4.2012