rasa kosong

assalamu’alaikum…hurm..sejak minggu lepas lagi aku rasa macam ni..rasa kosong,rasa yang tidak dihargai,rasa yang hidup aku ini hanyalah ada Allah, tiada keluarga..mujurlah ada Allah yang sentiasa disisiku.hurm..aku sedih sebenarnya. kalau aku tengok kawan yang lain..hubungan mereka dengan parents diorang seakan akrab. ibarat kawan yang boleh berbincang apa sahaja tak kira masalah pelajaran, cinta, emosi atau apa sahaja. sedih aku kerna aku dgn mak bapak aku tak macam tu. in fact, aku lagi rsaa tak selesa jika aku dengan diorang. benda ni memberatkan hati, otak dan badan aku sebenarnya. sampaikan aku rasa aku…insan yang terbuang di bumi ni..if aku sakit, xda sapa akan peduli aku. even aku rasa if aku hilang pon, xda sapa akan realise. betapa aku rasa aku kesunyian walaupun sekeliling aku ramai orang, walaupun aku ada family yang nun jauh di Seremban. tapi seakan – akan aku bukan sebahagian dari diorang. diorang tak pernah kol aku, tanya khabar, tanya pelajaran aku macam mana..sedangkan aku perasan, kalo adik2 aku away dari rumah sehari diorang akan call, tanya khabar..aku akui aku perasan mende ni dah lama. tapi aku butakan mata, pekakkan telinga..buat2 tak nampak, buat2 tak dengar..

seriously sedih..bila xda sorang pon yang tanya ko..

“sihat?da mkn?x mkn lagi?kenapa? duit cukup tak?presentation mcm mna?ok? x ok?xpa..ujian tu..”

walaupun diorg pernah tanya aku mcm tu, tapi aku tak dapat rasa keikhlasan tu. aku tak rasa yg diorg betol2 care pasal aku..sbb if ada org buat mcm tu kt aku, aku leh rasa..mcm makjang..aku leh rasa dia betol2 care..aku dah makan ke..balik sorang2 tgh malam..dia risau..aku leh rasa perasaan dia tu.. mcm mana aku leh rasa? dari segi intonasi mungkin..

aku tak sure la perkara ni perasaan ni berkaitan dengan perasaan aku terhadap diorang. perasaan aku terhdap diorang?

ya Allah..macam mana aku nak buat keje kalau macam ni..??

“jikalau nak tgk perangai seseorang tu,, tengok macam mana dia layan mak bapak dia”

“keredaan Allah terletak pada keredaan ibu bapa”

“berbuat baiklah kepada kedua ibu bapa”

kadang2 aku terfikir, mungkin sebab itula aku rasa macam ni sekarang..xleh buat keje, jiwa kosong..kerana aku tak berbuat baik kepada mereka..mungkin?

Allah sendiri menyuruh kita memuliakan ibu bapa kita selain para ulama. tapi dengan perasaan kosong ni, macam mana aku nak lakukannya?hurm..mungkin aku perlu kenang jasa diorang yang melahirkan aku, membesarkan aku walaupun bukan dengan kasih sayang yang sejati. mungkin aku perlu menghargai duit2 yang diorang dah keluarkan utk aku walaupun aku tau diorang rasa terbeban dgn aku..diorang rasa aku ni menyusahkan..aku harus bersangka baik sebenarnya..Allah pun menyuruh kita bersangka baik sesama manusia. ya..aku perlu bersangka baik..

ya Allah..

bantulah hambaMu ini dalam bersangka baik kepada kedua orang tuaku dan juga sesama insan yang lain…

bantulah hambaMu untuk menjalankan tanggungjawab sebagai seorang anak yang soleh kepada kedua orang tuaku..

bantulah hambaMu ini dalam usaha untuk memaafkan orang lain..

ya Allah..

hilangkanlah kesedihan yang aku alami, ya Allah..

hilangkanlah kecelaruan, kekusutan hatiku ini ya Allah

Penciptaku, yang maha mengetahui segala qada’ dan qadarku..

ya Allah..

bukakanlah hati kedua orang tuaku dalam menerimaku sebagai anak mereka ya Allah..

jadikanlah aku sebahagian daripada keluarga itu

berikan aku peluang untuk merasai nikmat kasih sayang dalam kehidupanku ya Allah..

sesungguhnya Kau lagi mengetahui atas segala yang tersembunyi..

amin ya rabbal ‘alamin..

akunamatiada.1932.11.3.2012

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: