hati keras

benar. suatu masa dulu hatiku keras.bajet kebal, tak lut. susah sangat nak menangis. bagi aku, menangis itu suatu kelemahan. once, dulu.. hati aku penuh dengan rebel. bagi aku, semua orang against aku. bagi aku, semua orang tak suka aku, tak nak pun aku kat dunia ni sebenarnya. aku pun tak tahu kenapa. mungkin ikatan tali antara aku dengan Allah sangatlah rapuh. tak kuat. aku tak kata aku orang yang baik sekarang. tak. but i’ve improved. dari masa silam. i’m not perfect. aku hanyalah hambaNya yang banyak berdosa. sentiasa melakukan dosa. hari – hari. namun aku cuba berusaha untuk mengurangkan aktiviti kejahilan aku. year by year, month by month, week by week, day by day, hour by hour, minute by minute, sec by sec. i try and will do try. semoga aku sentiasa berada di dalam pengawasan Dia. semoga aku sentiasa dibukakan hati dan dilapangkan hati untuk berubah demi Dia.

dan semoga ibubapaku sentiasa di dalam rahmatNya.semoga mereka dimasukkan kedalam syurga bersama kami, anak – anak mereka. amin.

akunamatiada.240513.0924

Leave a comment